Memaparkan catatan dengan label lirik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label lirik. Papar semua catatan

Khamis, Ogos 13, 2009

mohon dihayati (tanpa irama)

Pergi Tak Kembali

Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya

Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang...kesana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kanangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

alfatihah... hadiah untuk dia

hari ini dikejutkan dengan pemergian ustaz asri rabbani.

semoga dia ditempatkan dikalangan orang-orang soleh.

amin..


Anak Soleh

Kenangi Ibu Bapa
Doakanlah Sejahtera
Kita Anak Harus Membela
Apabila Sudah Dewasa

Jangan Biarkan Mereka
Sia-Sia Di Hari Tua
Kecewa Hidup Dan Merana
Kerna Perbuatan Anak Derhaka

Bahgiakan Mereka
Hingga Ke Hujung Usia
Bila Sampai Waktu Ajalnya
Anak Soleh Sebagai Harta

Hai... Ibu Bapa
Kami Permata Anda
Tidak Jemu Berdoa
Agar Sejahtera Terpelihara

Di Dunia Bahagia
Akhirat Pun Begitu Jua
Inilah Harapan Kami Semua
Moga Allah Kabulkan Doa


.....dah lama tak menitiskan air mata.
jauhnya diri ini mengingati mati.
ya allah, ampuni hambamu ini.

Sabtu, Mei 16, 2009

hahahari cikgu!

hari guru, hari yang kurang diambil kisah untuk disambut. mungkin kerana beranggapan terlalu kejam untuk meraikan orang yang menjadikan kita orang lebih baik dengan sambutan satu hari sahaja.

lebih baik disambut satu hari dari pada tidak sambut lansung,kan.. namun, ada yang lebih penting dalam menceritakan hal perguruan ini. sebagai permulaan, abah saya seorang guru. maksudnya, dia jadi guru dan dibayar gaji untuk mengajar. pendek kata, menjadi guru secara rasmi. memang tugas yang mencabar. (ucapan selamat bertugas kepada guru-guru rasmi; fazri&isteri, along&suami, zulhairi, dan semua yang memilih cabang tugas sebagai guru rasmi)

sebenarnya, saya sentiasa menganggap orang yang bergelar guru ini ada di keliling saya. sentiasa memeberi tunjuk ajar pada seriap menjuru deria yang dikurniai tuhan kepada saya.

semoga saya tidak akan lupa ajaran guru agung bernama muhammad bin abdullah saw

we once had a teacher
the teacher of teachers,
he changed the world for the better
and made us better creatures,
oh allah we’ve shamed ourselves
we’ve strayed from al-mu'allim,
surely we’ve wronged ourselves
what will we say in front him?
oh mu'allim...