Memaparkan catatan dengan label gambar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label gambar. Papar semua catatan

Rabu, Ogos 12, 2009

topeng..

"apa tu?"

"topeng"

"kenapa pakai?

"ada wabak sedang berkeliaran di udara"

"ouh, aku tak pakai topeng"

"kenapa?"

"aku ada tuhan"

"..."

"dia melindungi aku lah.."

"camtu ke? tuhan aku pula suruh aku berusaha"




Jumaat, Julai 10, 2009

hari lahir! - kebiasaan yang luar biasa

ini gambar lama. sempena hari lahir kanan. biasa-biasa buat kek. saya tak suka sangat makan kek. tapi suka makan kuih lompat tikam, jadinya inilah hasilnya! sambutan hari lahir kanan dengan melompat dan menikam! sebesar talam! yey..!

Sabtu, Julai 04, 2009

Jumaat, Jun 19, 2009

air buah gelas bapak (tajuk yang menggunakan bahasa piawai)



tidak sia-sia mengadakan perlawanan pim pom di gong badak baru-baru ini..

aha! apakah yang lebih indah ini?

-menikmati air buah gelas bappok! (bukan bapuk)

-epal + asam boi

-tidak lupa juga menikmati sotong segar celup tepung gorem (tiada gambar)


yeah...



alhamdulillah

Khamis, Jun 04, 2009

Khamis, Mei 21, 2009

Selasa, Mei 19, 2009

Isnin, Mei 18, 2009

Ahad, Mei 17, 2009

abah & emak datang gambang

















cucu (memakai topi merah), dan akinya (memakai kopiah putih) sedang menikmati masa indah bersama-sama.

Sabtu, Mei 16, 2009

spiderman (manusia labah-labah)

dia merupakan seorang wira. wira kegemaran ramai.

setiap wira, ada sejarahnya..pada mulanya, dia merupakan seorang ulat buku. dia adalah pelajar yang amat menyukai mata pelajaran sains. walaupun mata pelajaran tersebut diajar dalam bahasa inggeris, dia teteap meminatinya. atas minatnya itulah dia telah digigit oleh seekor labah-labah yang telah terdedah dengan radioaktif!

kesan dari gigitan itu, dia menjadi 'spiderman'! manusia labah-labah yang mempunyai kekuatan yang hebat, keupayaan memanjat dinding (seperti labah-labah lah!), boleh mengeluarkan 'tali' dari tangannya, buat lompatan jauh, serta yang paling hebat; dia punyai naluri apa yang bakal terjadi padanya! seolah-oleh mengetahui masa depan.. hebat!!

apabila datang keupayaan yang hebat, datang juga tanggungjawap yang hebat. manusia labah-labah tidak mensia-siakan keupayaan yang ada dengan membuat onar, tetapi menggunakannya untuk menjalankan tugas-tugas yang luar biasa baik seperti; menyelamatkan anak dara dari diperkosa di lorong gelap, menyelamatkan kanak-kanak dari dilanggar lori, menyelamatkan mangsa yang teperangkap dalam kebaharan, dan banyak lagi tugas-tugas yang kemungkinan besar tidak dapat dilakukan oleh manusia biasa.

namun begitu, dalam kesibukan dia dalam menyelamatkan dunia.. dia tidak melupakan tugasnya sebagai seorang hamba......



kampung batu hitam

subhanallah.. (maha suci allah)
















alhamdulillah.. (segala puji bagi allah)
















allahuakbar.. (allah maha besar)

berfoya di pantai batu hitam






















masa yang indah, masa yang indah..
saya, sayam, dan orang kanan* (memakai topi baru berwarna merah) menghabiskan masa petang ini dengan menghirup udara segar. kelihatan sayang amat gembira mengambil gambar pemandangan serta kelihatan ini adalah gambar saya bersama orang kanan menahan diri dari terjun kedalam air laut yang begitu memanggil-manggil!









petang itu saya ambil gambar sekeping sahaja.. gambar inilah! kelihatan sayam menolak orang kanan dalam kereta pinjam!



*orang kanan = safiah hanan bt jasrul izwan. tak lama lagi, dia akan jadi kakak.. maka, kakak + hanan = kanan! :p