Selasa, Ogos 25, 2009

keadilan hakim

tersebutlah kisah, ada dua ekor monyet yang merebut sebiji pisang..

bergaduh, berkelahilah mereka berdua setelah segala usaha penyelesaian

secara damai tidak tercapai..

akhirnya, untuk mencapai keputusan yang adil, mereka mambawa isu

perebutan pisang sebiji ini kepada seorang hakim..

setelah menkaji isu dengan teliti, si hakim ini pun membuat keputusan

untuk membelah pisang ini kepada dua bahagian, dimana; setiap seekor

monyet mendapat satu bahagian.

keputusan dipersetujui oleh kedua-dua ekor monyet. si hakim pun

menggigit pisang tersebut dibahagian tengah, lalu diberikan satu

bahagian kepada setiap monyet.

untuk memastikan kembali keputusan hakim tersebut, monyet-monyet tadi

pun mengukur pisang masing-masing. didapati salah satu pisang tersebut

lebih panjang dari yang lain.

lalu pergilah monyet-monyet itu tadi mengadap tuan hakim sekali lagi.

si hakim pun menggigit pisang yang lebih panjang.

diukur kembali, didapati tidak juga sama panjang pisang itu.

akhirnya... pisang pun dihabiskan oleh hakim yang adil..

2 ulasan:

  1. apa kesimpulan kesah ni? hakim yang kenyang? pisang dimakan? erm.......

    BalasPadam
  2. kesimpulannya... hakim memang pintar.. adil belum tentu

    BalasPadam