Sabtu, Mei 23, 2009

jiwa yang bermusafir




















jamak / qasarmenurut mazhab syafie;

i. bermusafir dengan jarak melebihi 85 KM.

ii. boleh di jamak / qasar apabila telah melepasi sempadan kampung atau taman perumahannya.

iii. bermusafir tidak bertujuan maksiat.

iv. tidak berimamkan orang yang menunaikan solat penuh (4 rakaat).

v. niat jamak / qasar semasa takbiratul ihram solatnya.

vi. mestilah solat jamak / qasar itu dilakukan dalam keadaan bermusafir dari awal hingga akhirnya.

vii. jka berniat untuk duduk di sesuatu destinasi lebih dari tiga hari (tidak termasuk hari sampai dan pulang), maka tidak berhak untuk melakukan jamak / qasar, sejurus sampainya ia ke destinasi itu.

tambahan;
jamak hanya tertakluk kepada keadaan musafir, terdapat keadaan sukar yang lain seperti hujan terlampau lebat, salji, keadaan merbahaya di luar, sakit (mazhab syafie tidak membenarkan jamak kerana sakit tetapi harus menurut mazhab maliki dan hanbali), semasa haji, itulah beberapa contoh keadaan yang di benarkan untuk di jamak kan solat.

penerangan:
sekiranya anda sudah pasti akan menetap di suatu tempat lebih dari 3 hari (tidak termasuk hari sampai dan balik); sebagai contoh tinggal 7 hari. maka tidak boleh anda mengqasarkan solat (solat zohor 2 rakaat, atau jama' dan qasar, zohor 2 dan asar 2 apabila telah sampai ke destinasinya.dalam perjalanan tiada masalah untuk jamak dan qasar)

adapun yang diamalkan sebelum ini, kalau kita pasti duduk 7 hari kita masih lagi jamak dan qasar kan sampai 3 hari lepas itu barulah kita solat macam biasa, sebenarnya ini adalah silap.

adapun kalau jamak; iatu himpun zohor dan asar (4 rakaat zohor dan 4 rakaat asar) adalah dibenarkan sekiranya situasi anda berhadapan dengan kesukaran, seperti musafir yang terpaksa dalam keadaan cepat dari satu tempat ke satu tempat.

2 ulasan:

  1. terima kasih bos untuk ilmu dan penjelasannya. boleh tahu sumbernya dari mana? sebab ada khilaf skit. Takut apa yg dipegang salah

    BalasPadam
  2. ada saya belajar dari sini..
    ada mushkil bole saya majukan kepada beliau..
    :)

    BalasPadam